Review : Etude House Beauty Shot Face Blur

Assalamualaikum, apa khabar semua? Dah terlalu lama rasanya aku menghilang dari dunia blogger ni. Aku tahu ada yang rindu aku kan? kan? kan? *siapa nak baldi?* Okay, okay~ Berbalik pada topik asal, hari ni aku nak review produk dari Etude House iaitu Beauty Shot Face Blur. APA?! Etude House Beauty Shot Face Blur?! Ini semua salah kau, kalau bukan sebab kau aku takkan guna produk ni! Argghhhhhh! Over! -.-

First of all, aku terbeli Etude House Beauty Shot Face Blur ni gara gara botolnya yang nampak agak girly. Uish, uish..aku tak boleh ah tengok benda benda yang nampak girly dan comel ni. Reason lain kenapa aku beli Etude House Beauty Shot Face Blur sebab aku dah kehabisan foundation, BB cream dan sewaktu dengannya. Konon konon aku nak guna masa wedding kawan aku tapi sayangnya kawan aku kahwin kat area lain yang jaraknya beribu batu jauhnya akan ku tinggalkan dirimu~~ eh eh ternyanyi pulak.


Review Shopping di Aliexpress.com

Review Shopping di Aliexpress.com | Aliexpress.com merupakan laman shopping online yang menjual jutaan barang serta terdapat 40 kategori barangan yang dijual. Aliexpress ni boleh diibaratkan sebagai syurga buat kaki shopping online. Apa yang menarik mengenai aliexpress ini ialah barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan kebanyakkan kos shipping adalah PERCUMA! Tak percaya? Boleh rujuk SINI