Tips : Hindari Kemalangan Apabila Si Kecil Di Dapur






Jangan biarkan alas meja terjuntai dan mudah dicapai oleh anak kecil. Mereka mungkin akan menarik alas meja dan akan menyebabkan barang-barang diatas meja jatuh keatas mereka.

Letakkan masakan panas di sudut tengah meja tanpa alas kain terjuntai agar anak kecil tidak berpeluang untuk menarik alas kain atau mencapainya.

Jauhkan kedalam periuk panas dan kuali agar anak kecil sukar untuk mencapainya. Di atas kecuaian ibu bapa, anak-anak mungkin akan melecur kerana tersimbah makanan panas atau minyak panas dari periuk atau kuali panas.

Simpan bahan pencuci di tempat yang tinggi atau almari berkunci bagi mengelakkan anak kecil mencapainya.

Jangan simpan cecair beracun seperti minyak tanah, turpentine atau racun serangga di dalam botol. Simpan di dalam botol asal dan letakkan di tempat yang sukar diambil agar orang dewasa mahupun kanak-kanak tidak terminum cecair yang bahaya ini.


Jangan simpan ubat-ubatan di dalam bekas berkaca atau bekas plastic yang boleh dilihat didalamnya. Ini kerana anak kecik mungkin tertarik dan menyangka ubat itu gula-gula. Seelok-eloknya ubat-ubatan tersebut disimpan di dalam almari berkunci.


Simpan barangan tajam seperti pisau dan sebagainya di dalam almari di bahagian dalam agar mereka sukar untuk mencapainya. Jangan meletakkan pisau di luar cabinet bagi mengelakkan anak kecil menggunakannya.

Ubat yang sudah tamat tempoh mestilah dibuang bagi mengelakkan mereka terambil dan termakan ubat yang tamat tempoh.


1 ulasan

  1. nice info especially for parents yg ada anak kecik

    BalasPadam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)