3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp

3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp. - Assalamualaikum..Sebelum ini saya ada kongsikan entri mengenai 6 ciri blog yang dibenci oleh google dan visitor, hari ini pula saya nak kongsi 3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp. Saya dah selalu guna cara ni untuk tingkatkan earning 8share dan Churpchurp saya. Alhamdulillah, berkesan. Nak tahu macam mana nak hack earning 8share & churpchurp dengan cara yang lebih selamat? Sila baca entri ini sampai habis. 

3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp
3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp
Kongsi Reward (ChurpChurp) & Special (8Share)
Apabila anda kongsi Reward atau Special, ini bermaksud anda telah membantu Advertiser mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan dalam masa yang sama juga anda turut berkongsi maklumat tersebut bersama rakan rakan atau keluarga anda.

Apabila Advertiser melihat anda berkongsi maklumat tersebut dengan cara yang beretika, maka Advertiser akan melihat ChurpChurp & 8share sebagai platform pengiklanan yang berkesan dan boleh dipercayai. Advertiser tidak akan ragu ragu untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui ChurpChurp dan 8share. Semakin banyak iklan yang anda kongsikan, semakin banyak ganjaran yang anda terima!

Aktif kongsi Reward & Special

Untuk mendapat lebih banyak earning, anda kenalah aktif kongsi Reward & Special di laman sosial. Matlamat utama ialah untuk memastikan lebih ramai yang melihat iklan yang anda kongsi di laman sosial.Lebih ramai rakan rakan anda di facebook, twitter, instagram peluang untuk anda mendapat lebih earning semakin tinggi.

Kaedah untuk mendapat lebih banyak earning dari 8share & Churpchurp
Untuk mendapat lebih banyak unique visitor, anda mestilah kreatif dengan syarat tidak melanggar garis panduan pihak 8share & Churpchurp. 

Kaedah menyoal :
Soalan anda mestilah berkaitan dengan iklan yang anda kongsi. 

3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp

Kaedah Tag :
Tag rakan yang anda rasa berminat dengan iklan yang anda kongsi. Lebih ramai rakan yang anda tag, lebih cerah peluang untuk anda mendapatkan earning yang tinggi. Yang penting jangan sesekali paksa rakan rakan anda untuk klik iklan tersebut. 

3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp

Kaedah pendapat  atau pandangan :
Anda perlu memberi pendapat atau pandangan mengenai iklan yang anda share. Jika iklan tersebut berkaitan dengan Laksa Sarawak, pastikan anda memberikan pendapat anda mengenai Laksa Sarawak. Jangan sesekali kaitkan dengan Cicakman melainkan Cicakman tersebut menjadi duta Laksa Sarawak. 

3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp


Walaupun ketiga tiga kaedah diatas nampak macam anda syok sendiri, namun ianya sangat berbaloi. Semoga 3 Cara Mudah Hack Earning 8share & Churpchurp memberi manfaat kepada anda. Sekian~




2 ulasan

  1. dah biasa buat dah semua ni...hehehe...mmg kadang jadi kadang tu tak...so, semuanya rezeki jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. btl3..ikt rezki gak..janji halal ^^

      Padam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)