Elakkan 6 Ciri Blog Dibenci Google dan Visitor


Elakkan 6 Ciri Blog Dibenci Google dan Visitor


Assalamualaikum..Adakah blog anda mempunyai ciri ciri blog yang dibenci oleh Google dan visitor blog, terutama sekali pengunjung yang melanggan data internet atau broadband? Pengunjung blog yang menggunakan khidmat wifi untuk berkunjung ke blog yang mempunyai ciri ciri yang dibenci Google dan visitor pun siap merungut, apa tah lagi pengunjung yang cuma menggunakan khidmat Broadband Daily Celcom RM5 300MB+Free 300MB atau menggunakan khidmat Hotlink FAAAST internet promo RM5 sehari untuk 1GB. Tanpa melengahkan masa, mari semak ciri ciri blog yang dibenci oleh Google dan Visitor.

Blog yang lambat loading

Blog seperti ini membuang masa pengunjung atau pembaca."Time is Money". Jangan salahkan pengunjung hanya kerana tahap kelajuan internet mereka slow macam siput, sebagai pemilik blog kita perlulah membantu pengunjung yang mempunyai tahap kelajuan internet yang slow. Jika tidak mereka akan serik untuk melawat blog kita dan mereka lebih memilih untuk mengunjungi blog yang mempunyai tahap loading yang lebih laju. Siapa sanggup menunggu loading blog yang berputar putar macam gasing?

Blog yang memasang iklan melayang, terapung atau pop up
Blog seperti ini memaksa pengunjung untuk bekerja, kerana pengunjung terpaksa mengklik dulu tanda X di iklan yang muncul dihalaman blog. Terlalu banyak iklan melayang atau terapung atau iklan pop up, pop pop, pop star, pop out, pop shuvit, popcorn menyebabkan pengunjung mengklik tanda X untuk cepat cepat keluar dari blog tersebut.
Blog yang menyeksa mata
Pengunjung akan terseksa jika masuk ke blog seperti ini. Bermula dari warna latar, warna tulisan, dan sebagainya, semuanya menyakitkan mata.Sebagai contoh, warna latar dan warna tulisan semuanya berwarna hitam sampai tak boleh nak bezakan warna latar dengan tulisan. Saiz tulisan yang tak sesuai juga menyebabkan pengunjung keluar dari blog tersebut.

Blog yang menipu pengunjung
Blog seperti ini sengaja dibina untuk kepentingan si empunya blog itu sendiri. Semua link yang ada di halaman postingan diarahkan ke halaman yang tidak diinginkan. Misalnya, semua link diarahkan ke adfly yang tidak sesuai dengan informasi yang sebenar. Disamping itu juga ada blog yang menipu dari segi tajuk entri post. Contohnya, Soalan Temuduga Jawatan Pembantu Ultraman Gred 17.Apabila pengunjung pergi ke blog tersebut untuk membaca Soalan Temuduga Jawatan Pembantu Ultraman Gred 17 mereka akan kecewa sebab bukan soalan temuduga yang di post, tapi gambar gambar Ultraman bertarung dengan Raksaksa.

Blog yang menggunakan muzik autoplay
Blog seperti ini sangat mengganggu pengunjung blog. Ketika pengunjung masuk ke blog,tiba-tiba ada keluar bunyi muzik dan pengunjung tidak tahu bagaimana cara untuk stop muzik tersebut. Antara respon pengunjung ialah“Arghhhhh! Habis kuota internet aku, arghhhhhhh! *check baki kuota internet* “Arghhhhhh! Tinggal 200mb lagi?! Arhhhhh! Menyesal pergi blog ni! Arghhhhhh!”Akhirnya niat untuk membaca entri di blog tersebut terpaksa dilupakan.

Bagaimana pula jika blog tersebut memasang lagu yang dibenci oleh pengunjung blog. Sebagai contoh, pemilik blog memasang lagu Katak Oh Katak di blognya sedangkan pengunjung yang baru sahaja mengunjungi blog tersebut sangat anti dengan lagu Katak Oh Katak? Memang tak sampai 30 saat dia akan tekan X. Good Bye!

Widget yang banyak dan tidak penting
Google juga menyarankan agar pemilik blog menggunakan widget yang diperlukan sahaja. Sebagai contoh widget follower. Hal ini kerana widget widget yang tak penting ni sangat sangat memberi kesan kepada tahap kelajuan blog tersebut.


Kesimpulannya, pastikan blog anda bebas dari ciri ciri blog yang dibenci oleh google dan visitor. Ingat,pengunjung blog bukannya robot. Sekian~

9 ulasan

  1. woww...!! tQ sebab bagi tips-tips ni.. memang sangat baik.... :)
    bab muzik latar tu memang stress tahap Ultraman la kan... hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome..mmg sgt2 menstress kan..-.-

      Padam
  2. hehehe...
    semua yang cik creamy nyatakan kat atas.. semua saya setuju..
    yang pasal lagu tu... lagi rasa macam nak giler bila cari butang pause tak jumpa.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun lebih krg mcm cik fariza..gerammm dibuatnya..huhu

      Padam
  3. Ok . Baru tau haha tap yg autoplay tu sokong annoying sgt lepas nak tuup tak jmpe button pause Allah -,-

    BalasPadam
  4. Thanks for the info. Sangat berguna ni. =)

    BalasPadam
  5. kekadang yang iklan tu memang tk dapat elak ah -.- sebab walaupun owner blog tk letak tp iklan tetap keluar ugh. Macam mana nk buang eak. Setiap kali singgah blog semua ada iklan terapung trmasuk blog sendiri lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. awk kne install ads blocker :)

      Padam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)