Review : Hilangkan Jerawat Dengan The Face Shop Clean Face Anti Trouble Spot

Assalamualaikum..Hello Beauty! Terdapat banyak cara untuk hilangkan jerawat salah satunya ialah dengan menggunakan produk hilangkan jerawat dari The Face Shop yang diberi nama Clean Face Anti Trouble Healing Spot. Produk ini sangat berkesan untuk hilangkan jerawat degil yang ada di wajah anda.

Biasanya, jerawat akan meninggalkan kesan parut di wajah kan? Dengan menggunakan Clean Face Anti Trouble Healing Spot ni, kesan parut jerawat juga akan hilang.

Review : Hilangkan Jerawat Dengan The Face Shop Clean Face Anti Trouble Spot



Saya dah cuba pelbagai produk untuk hilangkan jerawat diantaranya ialah Safi White Trilogy - Krim Anti Jerawat, Dnars Skin Care dan banyak lagi. Namun tak sesuai dengan kulit saya. Akhirnya cousin saya syorkan produk Clean Face Anti Trouble Healing Spot dari The Face Shop ni. Alhamdulillah, produk ni sesuai dengan kulit saya.

Review : Hilangkan Jerawat Dengan The Face Shop Clean Face Anti Trouble Spot

The Face Shop Clean Face Anti Trouble Spot merupakan produk yang dihasilkan dengan ekstrak debunga Pine dimana ia mempunyai antibiotik dan anti radang yang sangat berkesan untuk menghapuskan jerawat. Disamping itu,ia mengandungi ekstrak  Purslane yang menyejukkan kulit dan sekaligus mengurangkan kerosakkan pengoksidaan produk pada kulit.

Review : Hilangkan Jerawat Dengan The Face Shop Clean Face Anti Trouble Spot

Cara nak guna produk ni sangat mudah. Korang cuma perlu sapu dekat area yang ada jerawat tu. 

Harga The Face Shop Clean Face Anti Trouble Spot:
RM48.65 (termasuk GST) 
Boleh didapati di:
Semua cawangan The Face Shop yang ada di Malaysia 
Laman Web Rasmi The Face Shop Malaysia:



Selain itu, saya nak share beberapa tips untuk mengurangkan jerawat antaranya ialah :

  • pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.

  • pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci.

  • cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap solat 5 kali sehari semalam adalah kaedah mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu kotor.

  • guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.

  • ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.

  • kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Lakukan juga perkara yang boleh merehatkan minda seperti memancing, berkebun dan meditasi.

  • tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dari badan.

  • untuk petua mudah, sapukan sari timun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.


P/s: Terdapat pelbagai produk untuk hilangkan jerawat.Murah tak semestinya tak berkualiti,Mahal pulak tak semestinya berkesan. Kesimpulannya murah atau mahal harga sesuatu produk tu bukanlah jaminan untuk produk tersebut berkesan pada kulit korang. Ianya bergantung kepada jenis kulit dan tahap kesesuaian produk pada kulit individu.




1 ulasan

  1. Never tried this Face Shop Anti Trouble Spot before. Thanks for the review ;D

    BalasPadam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)