Running Man & Tasik Bakun di Sarawak

Running Man dikatakan bakal menjalankan penggambaran di Tasik Bakun yang terletak di Bintulu Sarawak. FYI, Tasik bakun berada di Empangan Bakun  (Bakun Dam) yang bakal menjadi tempat penggambaran Running Man di Sarawak ini merupakan empangan hidroelektrik yang merentasi Sungai Baloi.

Running Man & Tasik Bakun di Sarawak



Fakta menarik mengenai Empangan Bakun ini ialah :
  • Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis CFRD yang tertinggi didunia dengan tinggi 205 m.
  • Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
  • Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.
  • Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

Running Man & Tasik Bakun di Sarawak

Spesifikasi Empangan Bakun :

Empangan utama :
  • Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.
  • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 232 m. Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
  • Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
  • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.
  • 8 set janakuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8 janakuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8pembolehubah bersaiz 360 MVA sebuah.



p/s : Seram tengok gambar Empangan Bakun  ni. All the best Running Man! :p

1 ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)