Tips dan Panduan Lulus MUET Dengan Berkesan

Assalamualaikum..Hello! MUET 2015 datang kembali, pasti ada yang masih tercari-cari Panduan Lulus MUET kan? MUET ni salah satu exam terpenting bagi pelajar STPM, DIPLOMA dan MATRIKULASI yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah tak kiralah IPTA atau IPTS yang ada di Malaysia. 

Nak dapatkan result MUET yang mantap bukan mudah. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, soalan MUET sangat sangat tricky, words yang digunakan juga cukup power macam power root. Anda tak faham soalan, anda tak dapat bezakan ejaan 'Live' dengan 'Leaf', 'Work' dengan 'Walk', habislah.......

MUET ada tiga sesi, sesi pertama pada bulan Mac, sesi kedua pula pada bulan Julai dan sesi ketiga pada bulan November. Kadar bayaran untuk menduduki exam MUET ialah RM100. Antara Tips sebelum anda menduduki Exam MUET ialah :
Kenali dan Fahami Struktur Exam MUET
Sebelum anda menduduki exam MUET, anda kenalah berkenalan dengan empat kertas exam MUET iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing. Kalau tak, anda takkan faham apakebendanya exam Listening, Speaking, Reading dan Writing ni. 
MUET1
Berdasarkan rajah diatas, kertas Reading mempunyai markah paling tinggi iaitu sebanyak 40%. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kertas Reading ini sangat susah nak score kalau anda tak faham soalan. Perkataan yang digunakan juga cukup power dan memeningkan jika korang tak faham maksud perkataan tersebut. So, saya nasihatkan anda rajin rajinkanlah diri baca TIME Magazine, National Geographic, The Economist, Reader’s Digest, The New Yorker dan banyak lagi. Selain itu juga, rajin rajinkanlah diri anda untuk baca surat khabar The Star, News Straits Times, The Edge dan sebagainya.

Banyakkan Praktis cuz Practice makes Perfect
Praktis Speaking dan Listening dengan cikgu atau rakan yang mempunyai tahap english yang mantappp.
Untuk Writing pula, apabila anda dah konfiden untuk memberikan apa apa pendapat dalam english anda bolehlah tulis pendapat anda kemudian minta cikgu MUET korang tolong semak. Untuk praktis Reading pula, anda kenalah rajin membaca. Masa anda tengah membaca artikel dan sebagainya, belajar untuk cari keyword yang ada pada artikel tersebut.


Ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan, apa apa pun saya cadangkan korang dapatkan buku Panduan Lulus MUET. Buku Panduan Lulus MUET merangkumi Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam, Panduan Menjawab Soalan Reading,Cara Menjawab Soalan Writing, Panduan Menjawab Ujian Listening dan banyak lagi tips dan panduan untuk menduduki exam MUET. Sejujurnya, buku sebegini banyak membantu saya memandangkan saya tidak berpeluang untuk mengikuti kelas bimbingan MUET ketika berada di zaman universiti. Semoga buku tersebut memberikan manfaat kepada anda. Sekian~ All The Best!


Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)