10 Jenis Rumah Yang Jin Suka Diami

10 Jenis Rumah Yang Jin Suka Diami | Assalamualaikum..Ada yang berpendapat Jin atau Syaitan sebenarnya tak wujud dan hanya cerita dongeng semata. Namun sebagai seorang muslim kita wajib mempercayai kewujudan perkara perkara ghaib seperti jin dan syaitan ni. 

Firman Allah S.W.T: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”. (Surah al-Zariyat: 56)




1. Rumah yang didirikan di kawasan mata air.


Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau. Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin. Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.


2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. 

Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya. Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.



3. Rumah yang didirikan diatas tapak pembuangan jin

Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya” dan sebagainya. Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang “dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar kepada kita.


4. Rumah yang terdapat tangkal atau azimat

Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. 


5. Rumah yang ada Saka

Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut “saka” lebih releven jika disebut "jin saka"). Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.
Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan bertambah ramai. 



6. Rumah yang didalamnya berlaku perkara mungkar 

Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain.


7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin

Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan. Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka.


8. Rumah yang telah disihir

Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5 kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu dan air sihir itu mungkin telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat dibinasakan.


9.Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir

Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.


10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar”

Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.


Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)