5 Langkah Menegur Orang Lain Yang Diajar Dalam Islam

5 Langkah Menegur Orang Lain Yang Diajar Dalam Islam | Assalamualaikum..Sebelum kita menegur seseorang, kita perlu membetulkan niat kita sama ada kita menegur seseorang tu kerana Allah ataupun berlandaskan nafsu semata. Menegur jangan sampai menghina. INGAT! 

1. Memberi kesedaran


Allah s.w.t berfirman: "Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah at-Taubah: 115)

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah dengan memberi kesedaran kepada individu tersebut.


2. Menyampaikan nasihat

5 Langkah Menegur Orang Lain Yang Diajar Dalam Islam

Memberi nasihat memang perlu sekiranya seseorang itu melihat oran lain melakukan kesalahan. Cara menyampaikan nasihat dilakukan Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya dimana seorang pemuda melakukan zina. Selain itu, semasa Rasullah s.a.w menasihati orang Arab yang kencing di Masjid. Ia menunjukkankan bahawa nasihat adalah cara menegur sebelum melakukan apa-apa tindakan lain. Menasihati seseorang mestilah kena dengan tempat, masa dan tidak membuka aib individu tersebut

3. Peringatan keras/kecam


Peringatan secara keras atau kecaman hanya perlu dilakukan sekiranya nasihat secara lisan tidak berkesan ke atas orang yang melakukan kesalahan. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan memberi kecaman hanya jika tiada cara lain dan jika nasihat secara halus tidak dapat mempengaruhi si pelaku kesalahan.

4. Dengan kekuatan/tangan


Sekiranya dua langkah sebelum ini tidak diendahkan, tindakan dengan menggunakan tangan (memukul) perlulah dilakukan. Walau bagaimanapun, orang yang menggunakan kuasa itu haruslah seseorang yang tidak melakukan kesalahan yang sama. Penting untuk diketahui bahawa hukuman secara memukul hanya dilakukan mengikut keperluan dan tidak berlebihan.

5. Doa untuk orang itu


Sekiranya memberi kesedaran, menasihati secara lisan, kecaman dan memukul tidak berjaya merubah seseorang itu, cara yang akhir sekali adalah dengan mendoa kepada Allah s.w.t untuk kebaikan orang itu. 

Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)