Hukum Gantung Gambar

Hukum Gantung GambarApakah gambar/foto dibenarkan digantung di:

1. dalam masjid
2. di perkarangan masjid yang dibuat tempat solat Jumaat
3. di perkarangan masjid?
PENJELASAN:

Menggantung gambar manusia atau binatang di tempat yang dipandang mulia untuk dijadikan perhiasan seperti digantung di dinding atau dijadikan kain langsir, maka hukumnya adalah haram. Manakala jika sesuatu yang terdiri daripada gambar manusia atau binatang, dijadikan hamparan atau alas, iaitu tempat yang bukan dimuliakan, maka hukumnya tidak dilarang.


Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya ‘Syarah Sahih Muslim’ (jil. 14, hlm. 81-82), “Menggunakan sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, jika ia digantung pada dinding, atau gambar itu dicetak pada pakaian, atau serban, atau selainnya, iaitu diletak gambar itu di tempat yang dianggap mulia, maka hukumnya adalah haram. Sebaliknya, jika sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, dijadikan alas tempat duduk, atau dijadikan hamparan, iaitu pada tempat yang tidak dianggap mulia, maka hukumnya tidak haram. Ini adalah ringkasan pendapat mazhab al-Syafi’i dan ia juga pendapat majoriti ulama’.” Gambar binatang ini termasuklah gambar makhluk bernyawa, termasuk gambar manusia. Manakala jika gambar tidak bernyawa seperti pokok, batu, atau sungai, maka gambar tersebut tidak dilarang daripada digantung di dinding (Abdul Karim Zaidan, Mufassal fi ahkam al-mar’ah, jil. 3, hlm. 464)

Dalilnya: Aisyah melaporkan, “Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang daripada perjalanan. Ketika itu saya ada menggantungkan kain langsir yang padanya ada gambar binatang. Apabila Rasulullah SAW melihat kain langsir itu, baginda tidak suka melihatnya, lalu bersabda, ‘Manusia yang paling teruk menerima azab Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang berbangga-bangga dengan makhluk Allah.’ Aisyah berkata lagi, ‘Lalu kami potong kain langsir itu dijadikan alas.” Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

Jika menggantung gambar foto manusia di rumah adalah dilarang, apatah lagi jika ia digantung di kawasan masjid. Maka hukumnya juga adalah haram. Ini sekiranya gambar itu digantung untuk tujuan perhiasan. Namun sekiranya gambar foto yang ditampal di dinding untuk tujuan makluman, seperti menampal banner penceramah jemputan yang padanya ada gambar penceramah, maka ia tidak dilarang, kerana ia bukan untuk tujuan perhiasan.

Wallahua'lam.

1 ulasan

  1. kalau x silap.. dalam rumah pun x digalakkan..

    BalasPadam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)