Resepi Biskut Oreo Penakluk Cinta

22fa

Bahan-bahannya:

30 keping Oreo 
6 sudu besar mentega
2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
1 sudu besar sos karamel
3 sudu besar cip coklat

Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 180°C. Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave. Sementara itu, hancurkan Oreo. Satukan dan gaul sebati.

Sediakan loyang acuan silikon. Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat. Bakar selama 10 minit.

Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow. Picit-picitkan sos karamel. Bakar kembali selama 8 minit.

Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman. Keluarkan dan potong kecil-ke
cil ikut selera.

sumber : sedaptube.com

Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)