Resepi Biskut Rainbow Styles

Resepi Biskut Rainbow Styles

Bahan-bahannya:

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Tepung Susu 250 gm
Mentega / marjerin 160 gm
Gula Aising 1 sudu kecil
Esen Vanila Pewarna – Ungu Violet, Biru, kuning, jambu, merah, hijau epal


Cara-cara membuatnya:

Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh. Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan - dan satu bahagian tanpa warna. Uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw, perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.

Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas loyang atau dulang. Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli. Apabila telah siap disusun. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka, Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh. Hias dengan gula manik. Bakar pada suhu 160°c selama 18 minit.

1 ulasan

  1. Cantik nye gambat biskut raya ni. Nampak macam clay pun ada hehehe

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    BalasPadam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)