Review Shopping di Aliexpress.com

Review Shopping di Aliexpress.com | Aliexpress.com merupakan laman shopping online yang menjual jutaan barang serta terdapat 40 kategori barangan yang dijual. Aliexpress ni boleh diibaratkan sebagai syurga buat kaki shopping online. Apa yang menarik mengenai aliexpress ini ialah barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan kebanyakkan kos shipping adalah PERCUMA! Tak percaya? Boleh rujuk SINI


Review Shopping di Aliexpress.com

Cara daftar di Aliexpress
  • Pergi ke Aliexpress.com dan klik button register.
  • Kemudian isi form yang disediakan.

Review Shopping di Aliexpress.com

Cara beli barang di Aliexpress
  • Klik gambar barang yang korang nak beli untuk tengok detail barang tersebut.
  • Pilih spesifikasi barangan yang korang nak beli contohnya warna barangan tersebut
  • Seterusnya letak kuantiti yang korang nak
  • Akhir sekali klik "Buy Now"


Review Shopping di Aliexpress.com


Cara pembayaran di Aliexpress ialah dengan menggunakan kad Kredit/Debit, Visa dan Mastercard. Selain itu korang juga boleh guna Qiwi, Solo dan Carte Blueu. Paypal? Aliexpress tak nak guna paypal. T_T

Disamping itu juga, Aliexpress memberikan jaminan bahawa setiap barangan yang korang order akan dilindungi melalui "Buyer Protection". Fungsi Buyer Protection adalah untuk memastikan barangan yang diorder sampai on time dan  barang yang korang terima sebiji macam barang yang korang order. Kiranya untuk melindungi korang daripada Seller yang tak bertauliah. 

Review Shopping di Aliexpress.com

Untuk pengetahuan korang, sesetengah daripada barangan yang dijual di Aliexpress ni akan dikenakan cukai apabila sampai ke Malaysia.  Mengenai jenis barang yang dikenakan cukai oleh pihak kastam, korang boleh rujuk dekat website Jabatan Kastam Malaysia

Selain itu juga kalau korang nak beli barang di Aliexpress ni korang kenalah tergolong dalam golongan manusia yang penyabar. Kenapa? Barang barang yang korang order selalunya akan mengambil masa berminggu minggu untuk sampai ke rumah korang. :p

Semoga entri Review Shopping di Aliexpress.com memberi manfaat kepada korang, Sekian~ 

Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)