Review : Etude House Beauty Shot Face Blur

Assalamualaikum, apa khabar semua? Dah terlalu lama rasanya aku menghilang dari dunia blogger ni. Aku tahu ada yang rindu aku kan? kan? kan? *siapa nak baldi?* Okay, okay~ Berbalik pada topik asal, hari ni aku nak review produk dari Etude House iaitu Beauty Shot Face Blur. APA?! Etude House Beauty Shot Face Blur?! Ini semua salah kau, kalau bukan sebab kau aku takkan guna produk ni! Argghhhhhh! Over! -.-

First of all, aku terbeli Etude House Beauty Shot Face Blur ni gara gara botolnya yang nampak agak girly. Uish, uish..aku tak boleh ah tengok benda benda yang nampak girly dan comel ni. Reason lain kenapa aku beli Etude House Beauty Shot Face Blur sebab aku dah kehabisan foundation, BB cream dan sewaktu dengannya. Konon konon aku nak guna masa wedding kawan aku tapi sayangnya kawan aku kahwin kat area lain yang jaraknya beribu batu jauhnya akan ku tinggalkan dirimu~~ eh eh ternyanyi pulak.




Etude House Beauty Shot Face Blur SPF33 PA++
Etude House Beauty Shot Face Blur SPF33 PA++

ETUDE HOUSE BEAUTY SHOT FACE BLUR SPF33 PA++
35g
Smoothing
Pore Hiding
Tone UP

Apa fungsi / kegunaan Etude House Beauty Shot Face Blur ni? Bagi aku produk ni agak bagus untuk menutup pori pori, mem"blur"kan bekas jerawat yang ada di wajah korang agar wajah korang nampak flawless dan dan dan produk ni membantu makeup korang tahan lebih lama tau. For those yang mempunyai kulit yang kusam, produk ni membantu kulit anda nampak lebih berseri dan cerah tau~

Honestly, kalau korang mempunyai kulit yang sangat sangat berminyak produk ni kurang sesuai untuk korang sebab produk ni tidak ada oil control so lebih sesuai untuk kulit normal atau kering.

Nak beli dekat mana Etude House Beauty Shot Face Blur ni? Korang boleh je beli produk ni di cawangan cawangan Etude House yang berdekatan dengan korang. "Area saya tak ada kedai etude house, macam mana nak beli? T_T"  Korang boleh je BELI SECARA ONLINE DI SINI

Itu sahaja review untuk kali ini. Thanks For Reading! ^^




p/s: post ini disponsor oleh diri sendiri.:p review adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri



Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)